Monday, March 8, 2010

nikmat kesihatan & kelapangan waktu


Bismilahirahmanirahim...
Bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi saya meneruskan hidup dan mencari bekalan untuk ke akhirat...Kita hanya ada satu persinggahan untuk mengumpul bekalan iaitu Dunia sebelum kita merantau ke perjalanan yang begitu jauh iaitu akhirat..

Apa yang ingin diperkatakan disini adalah tentang nikmat kesihatan dan kelapangan waktu? bagaimanakah kita manfaatkan kedua2 nikmat tersebut?
Wahai saudaraku sekalian, gunakanlah kedua2 nikmat ini semaksima mungkin untuk beribadat kepada Allah s.w.t sebagai tanda kesyukuran kite diatas kurniaanNya.

Sesungguhnya ibadah orang yang sihat itu lebih disukai oleh Allah swt dan ketika kita kelapangan, gunakanlah ianya untuk beribadat pada Allah swt sebelum kita begitu sibuk dengan urusan dunia.

Pernahkan saudara merenung bagaimana nasib orang yang diuji dengan pelbagai penyakit, begitu sukar sekali mereka untuk beribadat dan bagaimana sekiranya ia terjadi kepada kita..bagaimana ibadat kita pada Allah semasa kita demam? tentu agar sukar bukan? dan semasa itu juga kita akan terfikir akan nikmat kesihatan..Oleh itu sementara dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, marilah sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah kita pada Allah swt...

Gunakanlah waktu lapang yang ada sebaik mungkin dan gunakanlah zaman remaja ini sebagai masa untuk perbanyakkn amal soleh. Sekiranya kita berkerja dan mempunyai rumah tangga kita akan duji dengan pelbagai ujian..masa agak terhad dimana masa untuk bekerja dan menguruskan rumah tangga,anak dan seumpamanya..

Wahai saudaraku sekalian, zaman remaja hanya sekali,jadi ayuh kita gunakannya sebaik mungkin.perbanyakkan solat malam,tahjud,puasa sunat dan mengingati Allah..
Sesungguhnya orang yang dapat melalui zaman remajanya dengan baek adalah orang yang berjaya kerana zaman remaja merupakan zaman yang pernuh pancaroba

Ayuh kawan kita manfaatkan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk beribadat pada Allah swt serta kuatkan diri untuk berada di jalan perjuangan..Setiap orang mampu melakukannya..firman Allah swt

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangupannya,Dia mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakan dan mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuat olehnya..(surah al-baqarah ayt 286)

Monday, February 8, 2010

Aku TersasaR...


Segala puji bagi Allah diatas segala nikmat yang diberikan...Alhamdulillah3x krn masih bernyawa dan punyai masa utk mengutip bekalan sebelum kealam yang
Sedikit muhasabah diri..
Masuk bulan febuari ni aku rasa macam2 jadi dan menyababkan hati ini begitu jauh dengan sang Pencipta...
-pandangan xterjaga-hati bermasalah
-banyak membuang masa
-leka
-solat xkusyhuk
-banyak ketawa
-prangsangka

Itu hanyalah sekadar yang nampak dimata kasar..dosa2 yang menyebabkan hatiku buta..
Aku jauh denganMu ya Allaah...xde kudrat pun aku nak bangun subuh berjemaah melainkan kudrat dariMu.. Aku begitu leka sekali...begitu lalali...
Macamane dgn ibadatku,thajud,dhuha,puasa,ibubapa
Dimanakah aku letak semuanya..

Begitukah perlakuan seorang dai’e...??

YA Allah aku terasa hina sekali...bukn mata yang buta tapi hati yang buta...
Berualangkali aku berjanji padaMu namun aku sering melakukan perkara yang sama..
Dimanakah taubatku selama ini?? Benarkah aku bersungguh-sungguh melakuknnya..
Tepuk dada Tanya iman..

Segala2nya milikMu ya Allah...aku hanyalah seorang hamba yang hina..jahil dan lemah
Sejak dua tiga hari ini aku rasa tidak tenteram sekali kerana terhijanya aku dengan Allah..Ini semua berlaku kerana kelalaian aku dan dosa2 yang telah aku lakukan
Dimanakah kesedaran itu..dimanakah hatiku,,keikhlasan??
Adakah aku benar2ikhlas berada dijalannya??
Hati ini begitu pedih sekali..kontang....
Dimanakah aku letakkn pergantunganku pada Allah??
Aku seorang yang lalai..pelbagai nikmat yang Allah kurniakn..namun aku tidak menyedarinya..

Bukan mata yang buta tapi hati yang buta....
Hati yang buta...

Adakah aku akan membiarkan ianya buta selama2nya..
TIdak. aku bertekad dengan izin Allah agar aku akan mencari cinta yang sejati iaitu cinta kepada Allah semata2...cinta pada Allah semata2

Ya..hati ini sangat perit sekali pabila berjauhan denga Allah...aku merinduinYa..
Aku menyintainya,,namun aku lemah..aku jahil..
YA Allah engkau berilah aku kekuatan dan petunjuk..sesungguhnya segal2nya hanyalah milikMu ...aku tidak punya apa yang engkau punya....
Ya hadiii...berilah aku petunjuk..Ya Quddus engkau bersihkanlah hatiku ini..ya nur Qolbi..
yA Allah...

“wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sstu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan” (As-Saff 3-4)

Tuesday, December 29, 2009

Di Mana Allah dalam Hati Ketika Umat Alpa dengan Duniawi




Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “ di mana Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih sayang Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan iman,hubungan serta keupayaan untuk maju dalam pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita?Sehubungan ini, Saidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyhurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.Cuba perhati serta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang penuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaanNya.Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian Islam dengan kata-kata atau perbuatan. Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi derhaka kepadaNya.Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadaNya. Hati mereka hanya berpaut hanya untukNya, semua yang ada di muka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahajalah yang kekal tanpa kesudahan.

Justeru, di manakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita denganNya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadaNya atau ada yang lain turut menerima cinta kita untuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehandakiNya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadaNya?Perhatikan firman Allah kepada nabi Daud : “Wahai Daud! Sesungguhnya engkau menghendaki sesuatu daripadaKu, Aku pun menghendaki sesuatu daripadamu. Jika engkau benar-benar taat kepadaKu pada apa yang Aku mahu, maka Aku akan permudahkan apa yang engkau mahu. Jika engkau menentangKu pada apa yang Aku mahu, maka Aku akan menyusahkan engkau, maka berusahalah pada apa yang Aku mahu."Dalam suasana yang lain pula, Allah ada menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka Aku redha (rela) kepadanya, bila Aku redha kepadanya maka akan Aku berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatan Aku tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu, Aku marah kepadanya, bila Aku marah kepadanya maknanya Aku melaknatnya."Ketahuilah sekalian umat Islam, walau di mana mereka berada, dalam apa jua jawatan yang disandangnya, sesungguhnya Allah tidak suka kepada hambaNya yang memenuhi ruang hidupnya dengan pelbagai kebendaan dunia, hingga tiada ruang Allah di dalam hatinya.Apatah lagi untuk mengingatiNya dengan berzikir, jika Allah Maha Besar dalam segenap tindak-tanduk hambaNya, anak yang disayangi dijadikan korban tanpa berbelah bagi, itulah terjadi yang kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih anak kerana patuh kepada perintah Allah.

Dalam hal ini, baginda Rasulullah dan para sahabat tidak banyak bertanya, apatah lagi ragu terhadap perintah Allah untuk menghalakan kiblat ke Baitullah (Kaabah). Walaupun sebelum itu kiblat yang dihalakan adalah Masjid al-Aqsa, kerana Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka. Hidup dan mati mereka hanya untuk Allah dan bukan yang lain, kerana yang lain selain Allah akan mati dan memerlukan sokongan lantaran kelemahan dan tidak sempurna.Waktu sesuai untuk mendampingi AllahSekali lagi kita tanya diri sendiri “Di mana Allah dalam hati kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat kepadaNya?Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut : “Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana Aku”Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam (bertahajjud) untuk menyepi diri dan berkhalwat (bersunyi-sunyi) bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah kepada kita yang mampu bangun di tengah malam-Allah menyebut: “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana Aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka Aku ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka Aku berikan kepadanya”"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Al-Mu'min:60)

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati kita ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNya untuk meninggikan syiar agamaNya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.Berapa banyak ruang yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dianugerahkan Allah ke atas kita, terus bersyukur kepadaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa, isteri atau suami kepada kita. Atau kita hanya sekadar menerima nikmat tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.“Jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” (An Nahl: 18)“Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas” (Ar-Rum : 21)"Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Al-Mu'min:61)"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada." (Az-Zumar:7)Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, perniagaan, pangkat dan jawatan, tapi apa yang penting, di mana Allah dalam hati kita? Mana letaknya cinta kita kepada Allah?"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri di mana Allah dalam hati kita? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah (mati) sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya?Apabila kita ingat Allah pada waktu susah, pasti Allah akan ingat kita pada waktu kita senang dan lapang.Demikianlah peringatan yang perlu kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain, agar Allah ada dalam hati kita sama ada pada perkara sekecil-kecilnya atau yang sebesar-besarnya, Tanya diri – di mana Allah dalam hati kita?"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al- Baqarah:165)

Ingatlah siapa yang bersama Allah, nescaya dia dipelihara Allah. Siapa yang mencintai Allah, nescaya dia tiada memandang selain dari Allah. Siapa yang sampai kepada Allah, nescaya dia hidup dalam lindungan Allah. Siapa yang rindu kepada Allah, nescaya dia akan bermesra dengan Allah. Siapa yang membelakangi semua yang memikat hati selain Allah, nescaya bersihlah duduknya dengan Allah. Ketuklah pintu Allah, lindungilah dirimu di dalam benteng Allah, berserah diri hanya bagi Allah, wahai orang yang melupai Allah, kembalilah kepada Allah......... dan seterusnya, moga-moga Allah memanfaatkan kita dengan apa yang diucapkan itu.Rasulullah s.a.w sering berdoa:"Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri."Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.” (Muslim)Hitunglah dirimu sebelum diri kamu dihitung dengan terperinci di Mahkamah Allah Yang Maha Adil kelak........

Sunday, August 23, 2009

Raihan-ku damba cintaMu

Damba cintamu


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan


-ku Harap ramadhan kali ini memberi penuh erti kpdku untk mendekatkan diri kepada Allah S.w.T
-kan ku usaha untuk membuat yang terbaik dgn amalkn apa yang disuruh olehNya dan meninggalkan segala laranganNya
-Ku akui kelemahan diri
-ku insafi kekurangan diri
-ku kesali kejahilan diri
-Moga Allah memberi kekuatan kpdku untuk menjadi hambanya yang solehah..
-sesungguhnya apa yang ku dambakan hanyalah cintaMu..Biarlah ia bertahta dihati ini..Cinta suci Nan Abadi..
-sekiranya hati ini mencintai sesuatu lebih drp cintaku pdMu maka Engkau bimbinglah aku ya Allah Agr kembali pdMu..
-"jauhkn hatiku pdnya agr tidak b'paling hatiku pdMu..ya Rabb"

-'brgsiapa meninggalkn org y dicintainya lalu dia bersabar..mk Allah akn mnggantikannya dgn syurga-HR:Muslim

Friday, July 17, 2009

penawar kepada penyakit hati....

Penawar kepada penyakit diri yang tidak mendapat kemenangan.
1Meminta pertolongan daripada Allah.

2.Mengakui nikmat-nikmat Allah.

Maka lihat dan soal kepada diri,siapa yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya?dan siapa yang membimbing kita mendapat petunjuk?kenapa diri kita yang dipilih,bukan orang lain?tidakkah kamu melihat dikalangan manusia ada yang mengikut jalan syaitan..Mengapa kita tidak bersama mereka?adakah kerana kita mempunyai kelebihan atau bakat?atau semata-mata kelebihan dari Allah?

Mereka berasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.Katakanlah,”Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan,jika kamu orang yang benar.”
(Surah Al-Hujurat:17)


3.Bina Diri

-Selalu bermuhasabah dan mengingati nikmat Allah supaya timbul kesedaran.
-Berlepas diri dari mempunyai sebarang kuasa kerana Allah sahaja yang berkuasa.
-Rasa sangat memerlukan Allah pada setiap masa sepanjang hidup kita.
-Menisbahkan semua kebaikan hanya daripada Allah.

Insan terbahagi kepada tiga:

Pertama:hati
Kedua:akal
Ketiga:Nafsu

Hati merupakan raja.Hati yang akan mendengar samada suara akal atau suara nafsu.Bergantung kepada suara akal atau suara nafsu yang lebih kuat.

4.Bina akal

Pembinaan akal tidak terbina melainkan dengan ilmu.
-ilmu akan mengembangkan akal,meningkatkan suara akal dan meluaskan kuasa akal.
-dengan ilmu manusia mengenal Pencipta.
-dengan ilmu manusia mengenal kejahilan diri.
-dengan ilmu manusia tahu tempat-tempat masuknya syaitan.
-dengan ilmu juga manusia boleh membezakan antara syak dan batil,petunjuk dan kesesatan,hukum-hukum,halal dan haram.

Kata Imam Ahmad r.a:Manusia memerlukan ilmu lebih daripada makan dan minum kerana seorang lelaki perlu kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sahaja dalam sehari,tetapi keperluan ilmu adalah pada setiap bilangan nafasnya.

Cara-cara syaitan memperdaya umat Islam:
1.Syaitan menimbulkan perasaan ragu-ragu tentang akidah.
2.Syaitan memperdaya supaya meninggalkan dunia sepenuhnya dan lari dari masyarakat.
3.Syaitan menghias amalan-amalan baik umat Islam.
4.Syaitan cuba untuk menjatuhkan umat dalam perkara-perkara bid’ah.

Kesimpulannya,tanpa ilmu manusia tidak mampu berjalan dengan betul dan selamat menuju jalan Allah.

Wednesday, July 15, 2009

mintak tolong cikit...


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa ..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, AKu kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku melakukan ini demi kebaikan bersama..

" It maybe that you hate something when it is GOOD FOR YOU...and it maybe that you love something when it is BAD FOR YOU..Allah SWT Knows and You Do Not Know " ~~ Surah AlBaqara:216