Friday, July 17, 2009

penawar kepada penyakit hati....

Penawar kepada penyakit diri yang tidak mendapat kemenangan.
1Meminta pertolongan daripada Allah.

2.Mengakui nikmat-nikmat Allah.

Maka lihat dan soal kepada diri,siapa yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya?dan siapa yang membimbing kita mendapat petunjuk?kenapa diri kita yang dipilih,bukan orang lain?tidakkah kamu melihat dikalangan manusia ada yang mengikut jalan syaitan..Mengapa kita tidak bersama mereka?adakah kerana kita mempunyai kelebihan atau bakat?atau semata-mata kelebihan dari Allah?

Mereka berasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.Katakanlah,”Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan,jika kamu orang yang benar.”
(Surah Al-Hujurat:17)


3.Bina Diri

-Selalu bermuhasabah dan mengingati nikmat Allah supaya timbul kesedaran.
-Berlepas diri dari mempunyai sebarang kuasa kerana Allah sahaja yang berkuasa.
-Rasa sangat memerlukan Allah pada setiap masa sepanjang hidup kita.
-Menisbahkan semua kebaikan hanya daripada Allah.

Insan terbahagi kepada tiga:

Pertama:hati
Kedua:akal
Ketiga:Nafsu

Hati merupakan raja.Hati yang akan mendengar samada suara akal atau suara nafsu.Bergantung kepada suara akal atau suara nafsu yang lebih kuat.

4.Bina akal

Pembinaan akal tidak terbina melainkan dengan ilmu.
-ilmu akan mengembangkan akal,meningkatkan suara akal dan meluaskan kuasa akal.
-dengan ilmu manusia mengenal Pencipta.
-dengan ilmu manusia mengenal kejahilan diri.
-dengan ilmu manusia tahu tempat-tempat masuknya syaitan.
-dengan ilmu juga manusia boleh membezakan antara syak dan batil,petunjuk dan kesesatan,hukum-hukum,halal dan haram.

Kata Imam Ahmad r.a:Manusia memerlukan ilmu lebih daripada makan dan minum kerana seorang lelaki perlu kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sahaja dalam sehari,tetapi keperluan ilmu adalah pada setiap bilangan nafasnya.

Cara-cara syaitan memperdaya umat Islam:
1.Syaitan menimbulkan perasaan ragu-ragu tentang akidah.
2.Syaitan memperdaya supaya meninggalkan dunia sepenuhnya dan lari dari masyarakat.
3.Syaitan menghias amalan-amalan baik umat Islam.
4.Syaitan cuba untuk menjatuhkan umat dalam perkara-perkara bid’ah.

Kesimpulannya,tanpa ilmu manusia tidak mampu berjalan dengan betul dan selamat menuju jalan Allah.

Wednesday, July 15, 2009

mintak tolong cikit...


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa ..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, AKu kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, aku melakukan ini demi kebaikan bersama..

" It maybe that you hate something when it is GOOD FOR YOU...and it maybe that you love something when it is BAD FOR YOU..Allah SWT Knows and You Do Not Know " ~~ Surah AlBaqara:216
salam perjuangan