Monday, March 8, 2010

nikmat kesihatan & kelapangan waktu


Bismilahirahmanirahim...
Bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi saya meneruskan hidup dan mencari bekalan untuk ke akhirat...Kita hanya ada satu persinggahan untuk mengumpul bekalan iaitu Dunia sebelum kita merantau ke perjalanan yang begitu jauh iaitu akhirat..

Apa yang ingin diperkatakan disini adalah tentang nikmat kesihatan dan kelapangan waktu? bagaimanakah kita manfaatkan kedua2 nikmat tersebut?
Wahai saudaraku sekalian, gunakanlah kedua2 nikmat ini semaksima mungkin untuk beribadat kepada Allah s.w.t sebagai tanda kesyukuran kite diatas kurniaanNya.

Sesungguhnya ibadah orang yang sihat itu lebih disukai oleh Allah swt dan ketika kita kelapangan, gunakanlah ianya untuk beribadat pada Allah swt sebelum kita begitu sibuk dengan urusan dunia.

Pernahkan saudara merenung bagaimana nasib orang yang diuji dengan pelbagai penyakit, begitu sukar sekali mereka untuk beribadat dan bagaimana sekiranya ia terjadi kepada kita..bagaimana ibadat kita pada Allah semasa kita demam? tentu agar sukar bukan? dan semasa itu juga kita akan terfikir akan nikmat kesihatan..Oleh itu sementara dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, marilah sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah kita pada Allah swt...

Gunakanlah waktu lapang yang ada sebaik mungkin dan gunakanlah zaman remaja ini sebagai masa untuk perbanyakkn amal soleh. Sekiranya kita berkerja dan mempunyai rumah tangga kita akan duji dengan pelbagai ujian..masa agak terhad dimana masa untuk bekerja dan menguruskan rumah tangga,anak dan seumpamanya..

Wahai saudaraku sekalian, zaman remaja hanya sekali,jadi ayuh kita gunakannya sebaik mungkin.perbanyakkan solat malam,tahjud,puasa sunat dan mengingati Allah..
Sesungguhnya orang yang dapat melalui zaman remajanya dengan baek adalah orang yang berjaya kerana zaman remaja merupakan zaman yang pernuh pancaroba

Ayuh kawan kita manfaatkan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk beribadat pada Allah swt serta kuatkan diri untuk berada di jalan perjuangan..Setiap orang mampu melakukannya..firman Allah swt

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangupannya,Dia mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakan dan mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuat olehnya..(surah al-baqarah ayt 286)

No comments: